- keyakinan atau akuan atas kebenarannya
- sesuatu yg dipercayai atau diyakini
- keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran sesuatu/seseorang
- boleh dipercayai dan amanah
- orang yg dipercayai.
apa yg aku nak cerita sekarang ni adalah lebih merujuk kpd nombor tiga, iaitu keyakinan atau rasa kejujuran atas sesuatu tau seseorang.. apabila kita bicara tentang kepercayaan, ia adalah sesuatu yg tidak boleh dijual beli atau diganti , tiada galang ganti.. tetapi, ia boleh diperolehi dan dikecapi dengan sabar , tekad dan keyakinan.. it is something that you gain, and it is not easy to get it.. tapi bila da dapat, jangan lah sesekali dipersiakan dan diuji.. bagi aku, apabila kepercayaan aku diuji dan keyakinanku disangsi, maka aku akan terus meragui dan ia tersemat , tersimpan rapi dihati.. sekali kpercayaan aku atau dia hilang, tak boleh untuk kita perolehi semula.. dalam perhubungan aku, aku akan cuba beri dia kepercayaan walau dia mempunyai kisah silam nya yg telah ditipu oleh ramai gadis sebelum ini.. aku, kini bersamanya.. setelah dia mempunyai kisah yang amat memeritkan diri dan jiwanya.. bukan senang untuk aku peroleh kepercayaan dari dia yg amat aku cintai.. tambahan dengan kisah yg masih terpahat disanubari lelakinya.. tetapi, kini, saat ini, aku terus mencuba, utuk terus dipercayai olehnya.. kerana apa yg aku lakukan tidak pernah aku menyorokkan darinya, kecuali jika sesuatu yg aku lupa untuk beritahunya.. memanglah, dia ingin tahu apa yg aku lakukan, dan kemana aku pergi, tetapi kadang2 aku lupa, leka, alpa tentang apa yang aku lakukan.. maafkan aku sayang.. bukan niat untuk menyorokkan sesuatu atau tidak memberitahu.. tiada sikit pun rasa untuk mencurangi kamu sayang.. aku akan menjaga hubungan kita sebagaimana aku suruh kau jaga hubungan ini.. tetapi, apa yang aku harapkan, berikanlah kepercayaan kepadaku, walau sedikit.. walau hanya 10% ia sudah memadai dan cukup membuat aku bahagia dan rasa dipercayai.. begitu juga aku, bak kata jaja, kawan baik kau, bohong lah jika aku tak dengar cerita apa2 tentang kau sebelum ini.. memang aku ada dengar, tetapi apa yg aku dengar, tidak aku semat dihati.. aku cuba mengenali kau sendiri walau kata kau sendiri kau telah dicop sebgai playboy..aku percaya apa yang aku lihat terhadap kau.. aku mengaku, ia amat sukar untuk aku percaya, tetapi setelah mengenali kau dengan lebih rapat, aku percaya, kau jujur dan ikhlas terhadap aku.. dan aku sangat menghargainya..terima kasih aku ucapkan atas kejujuran yg telah kau beri.. aku percaya, kita akan bahagia satu hari nanti jika masing2 memberi kepercayaan terhadap diri masing2.. aku juga percaya bahawa kau akan meletakkan kepercayaan itu keatas aku satu hari nanti sayang.. aku akan terus sabar menanti bila akan tiba harinya.. dan ini akan membuatkan aku lebih menyayangi kau sehingga kehari ini.. aku akan tetap sabar, cuma jangan kau meragui cinta aku terhadap kau.. aku tak pernah ada niat untuk tinggal kan kau.. tiada sedikit perasaan bosan untuk terus bersama kau.. semakin lama aku bersamamu, aku rasa cinta itu terus menyerap masuk dan tersimpan disanubariku.. aku sayang kau, selamanya.. hanya hari yg menentukan segalanya... aku mengharapkan, kau adalah orang terakhir yg aku lihat sebelum aku menutup mata satu hari nanti... begitulah cinta aku terhadap kau.. hanya kau yang mampu membuat aku bahagia selain dari keluarga aku.. <3 <3
No comments:
Post a Comment